Home Sukan ROYAL PAHANG, JOGO POLO KONGSI JUARA ROYAL PAHANG CLASSIC CENTENARY CUP 2026

ROYAL PAHANG, JOGO POLO KONGSI JUARA ROYAL PAHANG CLASSIC CENTENARY CUP 2026

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

PEKAN: Pasukan Royal Pahang dan Jogo Polo berkongsi kejuaraan Kejohanan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 selepas terikat keputusan 7-7 pada perlawanan akhir di padang Royal Pahang Polo Club, di sini semalam.

Perlawanan berlangsung penuh dramatik itu menyaksikan detik mencemaskan berlaku apabila Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin terjatuh ketika beraksi bersama Royal Pahang.

Aksi menarik kedua-dua pasukan dengan corak permainan menyerang dan bertahan serta kawalan bola yang berkesan berjaya menghiburkan penonton yang datang bagi memeriahkan lagi perlawanan akhir itu.

Kehadiran Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memeriahan lagi acara berkenaan. Baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pada perlawanan akhir itu Tengku Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang memiliki kemahiran tinggi dinobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) Patron.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Kelab Polo Diraja Pahang diadakan Kejohanan Royal Pahang Classic Centenary Cup dan Kejohanan Polo Piala Tengku Ampuan Pahang yang berjalan secara serentak.

Pada Kejohanan Polo Piala Tengku Ampuan Pahang pasukan Pekan yang diketuai Tengku Abdullah muncul juara selepas menewaskan Cameron Highlands (CH) 5-4.

Sebanyak lapan pasukan bersaing pada Kejohanan Royal Pahang Classic Centenary Cup dan enam pasukan beraksu pada Kejohanan Polo Piala Tengku Ampuan Pahang yang

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here