Home Buletin Semasa RON97, RON95 TANPA SUBSIDI DAN DIESEL NAIK 5 SEN MULAI HARI INI

RON97, RON95 TANPA SUBSIDI DAN DIESEL NAIK 5 SEN MULAI HARI INI

158
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan kenaikan harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak lima sen seliter berkuat kuasa hari ini hingga 4 Mac.

Menurut MOF selaras dengan peningkatan harga minyak mentah dunia harga runcit petrol RON97 dinaikkan lima sen kepada RM3.15 seliter manakala petrol RON95 tanpa subsidi meningkat kepada RM2.59 seliter.

“Bagaimanapun, harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

“Bagi diesel pula, harga runcit di Semenanjung Malaysia dinaikkan lima sen kepada RM3.04 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter,”menurut kenyataan itu semalam.

Penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan mekanisme penentuan harga automatik (Automatic Pricing Mechanism – APM) secara mingguan.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here