Home Buletin Semasa RM183.9 JUTA KOS BINA HOSPITAL BACHOK

RM183.9 JUTA KOS BINA HOSPITAL BACHOK

227
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pembinaan Hospital Bachok menelan kos sebanyak RM183.9 juta termasuk aset dan peralatan kesihatan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) Jasri Kasim, berkata ia dijangka akan memulakan operasi tahun ini bergantung kepada kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Difahamkan Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah pun meluluskan sijil perakuan siap kerja (CPC) dan akan dibuka tahun ini tertakluk kepada KKM.

“Ia dijangka akan memberi manfaat kepada penduduk negeri Kelantan terutamanya sekitar Bachok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Pejabat Pembangunan Negeri (ICU JPM) 2024 di sini, pada Khamis.

Katanya, Hospital Bachok akan mendapat khidmat dan kepakaran daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sekaligus mengurangkan kesesakan di sekitar hospital tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here