KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam proses menyelesaikan dokumen pemain kacukan, Richard Chin bagi membolehkan dia beraksi bersama skuad kebangsaan.
Sekiranya ia dapat diselesaikan, bermakna pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon memiliki lebih banyak pilihan untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjangkakan proses untuk menyelesaikan dokumen Chin mungkin akan selesai dalam sebulan atau dua bulan lagi.
“Apa yang saya tahu Richard Chin dalam proses, yang lain saya tak pasti. Saya tak pasti berapa peratus tetapi dalam proses.
“Saya tak pasti bila dia akan dapat tetapi mungkin dalam sebulan, dua lagi. Proses itu tak boleh ganggu kerana ia dibuat oleh pihak yang terbabit,” katanya.
Chin yang memiliki darah campuran Malaysia-England mewakili kelab Charlton Athletic FC yang beraksi di saingan League One dalam hirarki Liga Bolasepak Inggeris dan kini, pemain pertahanan muda itu dipinjamkan ke Dartford FC.
Baru berusia 20 tahun, Chin berpotensi menjadi aset kepada skuad senior Harimau Malaya dan juga pasukan bawah 22 tahun negara.
Sumber: BH Online
Imedikel TV






