Home Buletin Semasa REMAJA PEREMPUAN 15 TAHUN DIPERCAYAI DIROGOL, DISAMUN KETIKA BERIADAH

REMAJA PEREMPUAN 15 TAHUN DIPERCAYAI DIROGOL, DISAMUN KETIKA BERIADAH

24
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan separuh sedar serta mengalami kecederaan parah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol dan samun dan oleh individu tidak dikenali di Palekbang, dekat sini, Rabu lalu.

Mangsa ditemukan oleh orang awam di kawasan semak berhampiran tali air sebelum perkara itu dimaklumkan kepada bapanya yang sedang mencarinya selepas remaja terbabit tidak pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 pagi daripada bapanya berusia lingkungan 50 an.

“Menurut bapanya, mangsa keluar beriadah pada jam 7 pagi namun tidak pulang ke rumah menyebabkan bapanya mula menjalankan pencarian sekitar jam 10 pagi.

“Selepas dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mangsa, pengadu bergegas ke lokasi dan mendapati anak perempuannya berada dalam keadaan separuh sedar serta mengalami kecederaan parah pada bahagian muka, kepala dan badan.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu bagi menerima rawatan lanjut daripada pakar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai membabitkan seorang suspek yang masih belum dikenal pasti.

Menurut Mohd Khairi, suspek dipercayai bertindak memukul mangsa pada bahagian muka dan kepala menggunakan sebatang kayu serta merogol mangsa sebelum melarikan telefon bimbit milik mangsa.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulazri di talian 011-11486922.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here