Home Luar Negara REBAN AYAM JEMBER HANGUS, 24,000 AYAM MATI

REBAN AYAM JEMBER HANGUS, 24,000 AYAM MATI

409
0

JAKARTA: Kebakaran dahsyat melanda sebuah ladang ayam di Kampung Kaliwining, di daerah Rambipuji, Jember, Indonesia, malam Sabtu lalu, hingga menyebabkan kerugian kewangan kira-kira empat bilion rupiah (kira-kira RM1 juta) kata pihak berkuasa tempatan.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, portal Jakarta Globe melaporkan, kira-kira 24,000 ayam mati akibat kebakaran itu.

Kebakaran mula dikesan di tengah reban sebelum merebak dengan pantas dan memusnahkan semua struktur di sekelilingnya.

“Saya bergegas ke tempat kejadian untuk membantu dua pekerja ladang itu, tetapi ketika kami tiba, semuanya sudah terlambat,” kata Arifin, seorang penduduk Kaliwining.

Penduduk setempat cuba membantu, namun api sudah tidak dapat dikawal.

Bagaimanapun, polis berdepan kesukaran untuk sampai ke tempat kejadian kerana jalan masuk yang sempit di kampung itu.

“Kami mengambil masa hampir dua jam untuk memadamkan api sepenuhnya,” kata Aris Setiawan, salah seorang anggota bomba di tempat kejadian.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, keseluruhan ladang itu menjadi abu, bersama semua ternakan di dalamnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, namun pegawai bomba mengesyaki ia mungkin berpunca daripada tong gas yang rosak di dalam salah satu sangkar.-Agensi, HMetro Online- 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here