Home Luar Negara RANCANGAN BERNILAI AS$100 BILION TANGANI ISU IKLIM, PEMBANGUNAN NEGARA MISKIN

RANCANGAN BERNILAI AS$100 BILION TANGANI ISU IKLIM, PEMBANGUNAN NEGARA MISKIN

200
0

LONDON: Bulan depan mesyuarat peringkat tertinggi di Paris akan membincangkan rancangan bernilai AS$100 bilion (RM460 bilion) untuk menyediakan lebih banyak dana bagi menangani isu iklim dan kewangan pembangunan negara miskin dengan menyediakan jaminan mata wang kepada pelabur.

Berdasarkan dokumen yang dilihat Reuters, pelan yang tidak pernah dilaporkan sebelum ini dihantar kepada kerajaan seluruh dunia menjelang Sidang Kemuncak untuk Perjanjian Pembiayaan Global Baharu yang akan dihoskan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Paris pada 22 hingga 23 Jun ini.

Ia adalah Inisiatif Bridgetown diterajui pemimpin Barbados, Mia Mottley. Mengenai idea itu, ia terkandung dalam dokumen perundingan bertarikh April 2023.

Bagi merealisasikan inisiatif berkenaan, ia bergantung pada kuasa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pembangunan Pelbagai Hala (MDB) lain.

Idea itu juga sebahagian usaha untuk memperbaharui sistem kewangan antarabangsa. Usaha itu bakal menyaksikan IMF dan MDB lain bakal memotong premium berisiko makro yang berlebihan ke atas negara membangun, dengan jaminan pertukaran asing AS$100 bilion setahun, untuk pembiayaan dalam mata wang domestik yang tidak menentu berbanding dolar atau euro.

Jaminan itu sebagai pelaburan peralihan hijau. Menurut sumber yang terbabit dalam rancangan itu, pengenalan bon hijau yang menumpukan projek mesra alam, bon biru untuk lautan dan bon berkaitan kemampanan.

Mengenai faedah inisiatif berkenaan, MDB akan campur tangan dan memberi pampasan kepada pembeli bon antarabangsa jika negara terbabit menurunkan nilai mata wangnya dan mengurangkan nilai dolar pembayaran bonnya yang berkesan.

Dengan menghapuskan risiko itu buat pelabur, ia sepatutnya mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar oleh kerajaan dengan ketara.

Bagaimanapun, bagi segelintir pihak, ia mungkin rangsangan yang diperlukan untuk mendapatkan semula akses pasaran modal global yang hilang ketika pandemik COVID-19.

Laporan diterbitkan sewaktu rundingan iklim COP27 mengesyorkan negara membangun memerlukan AS$1 trilion (RM4.6 trillion) setahun dalam bentuk wang awam mahupun swasta setiap tahun menjelang 2030, bagi menangani isu pemanasan global.

Laporan Bank Dunia dan pemberi pinjaman pelbagai hala besar lain berkata, mereka menyalurkan AS$51 bilion (RM234.6 bilon) pada 2021 termasuk AS$13 bilion (RM59.8 bilion) daripada kewangan swasta. –

Sumber BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here