Home Buletin Semasa RAKYAT TERUJA MENDULANG EMAS, MINTA KERAJAAN PANTAU

RAKYAT TERUJA MENDULANG EMAS, MINTA KERAJAAN PANTAU

200
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Kelulusan Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat menjalankan aktiviti mendulang emas disambut dengan penuh keterujaan, namun orang ramai berharap agar pemantauan dilaksanakan bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar serta penyalahgunaan aktiviti tersebut.

Rata-rata masyarakat ketika ditemui menyifatkan keputusan itu sebagai peluang baru untuk rakyat di negeri ini tetapi kerajaan negeri perlu tegas bagi mengawal selia kegiatan tersebut agar berjalan lebih teratur dan selamat.

Menurut orang awam, Siti Najihah Che Ismail, 27, dari Kota Bharu, tanpa pengawasan yang rapi dikhuatiri akan berlaku eksploitasi oleh pihak luar yang mengambil kesempatan menggunakan nama rakyat Kelantan untuk mendulang emas.

“Saya rasa perlu ada pemantauan seiring pengumuman itu kerana kemungkinan rakyat Kelantan atau pihak luar akan turut melakukan aktiviti tersebut.

“Langkah kawalan ini juga penting bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar,” katanya ketika ditemui di Pasir Mas, baru-baru ini.

Katanya, dia turut teruja apabila melihat video yang tular di platform media sosial seperti TikTok yang memaparkan rakyat Kelantan mendulang emas di sungai.

Sementara itu, seorang warga emas, Mohd Nasir Ahmad, 70, menyambut baik keputusan kerajaan dan menyifatkannya sebagai rezeki buat rakyat negeri ini.

“Setelah sekian lama, alhamdulillah, ini mungkin rezeki untuk kita semua.

”Sekarang sesiapa sahaja boleh pergi mendulang emas,” katanya ketika ditemui.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini mengusahakan perlombongan emas secara kaedah mendulang di tanah milik kerajaan.

Dua lokasi yang dikenal pasti berpotensi untuk aktiviti mendulang emas secara sah ialah Tanah Merah dan Jeli.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here