Home Segmen Kesihatan PUNCA HIDUNG BERDARAH

PUNCA HIDUNG BERDARAH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Bagi mereka yang kerap berdarah hidung, sudah tentu menganggap ia satu perkara biasa.

Menurut portal myhealth pendarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ia boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Terdapat banyak sebab berlakunya pendarahan hidung termasuk:

  • Sejuk dan alahan.
  • Jangkitan pada salur hidung (sinus).
  • Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung, benda asing di dalam hidung.
  • Dinding tengah hidung senget.
  • Ketumbuhan di dalam hidung (contoh: polyps, tumor).
  • Penyakit lain yang berkaitan (contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia [bilangan platlet yang rendah] dan penyakit darah contoh hemophilia).
  • Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
  • Tindak balas bahan kimia.

Tanda dan gejala?

  • Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
  • Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
  • Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.

Bagaimanapun terdapat rawatan untuk hidung berdarah:

Langkah kecemasan:

  • Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
  • Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  • Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
  • Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
  • Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
  • Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  • Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
  • Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.

Rawatan bergantung pada sebab-sebab:

  • Rawat masalah yang berkaitan.
  • Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.

Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian telinga, tekak dan hidung akan memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan bahan kimia/ubat-ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here