Home Sukan PSG BELASAH BREST TANPA BELAS KASIHAN

PSG BELASAH BREST TANPA BELAS KASIHAN

147
0

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) boleh terus memandang ke depan menantikan pertembungan dengan Liverpool atau Barcelona dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Ia selepas skuad itu tanpa belas kasihan membelasah kelab senegara, Brest 7-0 dalam aksi kedua playoff, awal pagi tadi untuk mara ke pusingan 16 terakhir dengan agregat 10-0.

PSG sentiasa menjadi pilihan untuk menewaskan Brest dan berjaya mencipta kemenangan 3-0 di Brittany pada perlawanan pertama minggu lalu.

Tujuh jaringan pada aksi timbal balik di Parc des Princes dihasilkan pemain berbeza dengan Bradley Barcola, Khvicha Kvaratskhelia, Vitinha, Desire Doue, Nuno Mendes, Goncalo Ramos dan Senny Mayulu meledak gol untuk pasukan tuan rumah.

Ia adalah rekod kemenangan PSG dalam perlawanan Eropah dan kali pertama mereka menjaringkan tujuh gol dalam Liga Juara-Juara sejak menewaskan Celtic 7-1 pada November 2017.

“Untuk menjaringkan tujuh gol menentang Brest bukanlah mudah,” kata Kvaratskhelia kepada Canal Plus.

PSG hanya menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan pertama Liga Juara-Juara musim ini, namun menghasilkan 21 jaringan dalam lima perlawanan sejak itu. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here