Home Luar Negara POLIS TANGKAP ANAK PATUNG ‘CHUCKY’

POLIS TANGKAP ANAK PATUNG ‘CHUCKY’

138
0

MEXICO CITY: Media tempatan melaporkan, suspek, Carlos N didakwa menggunakan anak patung yang dipuja untuk menakutkan orang ramai, sebelum menuntut wang daripada mereka.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro-

Susulan itu, polis menahan lelaki tersebut bersama anak patung ‘Chucky’ itu.

Polis kemudian menempatkan lelaki itu dan anak patung berkenaan di penjara di sebuah bandar, utara Mexico, awal minggu ini.

Lelaki itu didakwa kerana mengganggu keamanan dan membahayakan integriti orang lain.

– Sumber foto NRT Mexico/ Reuters –

Namun, polis terpaksa memegang dan membongkokkan anak patung itu ketika mahu merakam gambarnya.

Seorang pegawai di jabatan polis di Monclova, di negeri Coahuila, dilihat ketawa sambil mengangkat pisau panjang yang diambil daripada Chucky.

Media Mexico melaporkan pegawai yang mengendalikan Chucky itu kemudiannya ditegur kerana tidak mengambil serius tugasnya. Carlos N kemudiannya dibebaskan, namun status dan keberadaan anak patung itu tidak diketahui. – REUTERS, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here