Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Polis Kelantan mengesan empat cap jari yang disyaki milik suspek berhubung kes simbah asid terhadap seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya juga menemui bekas yang dipercayai digunakan oleh suspek di spa berkenaan.
“Difahamkan, mangsa yang berusia 27 tahun itu adalah pengusaha spa dan sudah menerima temujanji dengan seseorang untuk membuat rawatan urut di spa tersebut.
“Sebaik mangsa membuka pintu kedai, suspek yang dipercayai berpurdah terus menyimbah asid sebelum bertindak melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.
“Kes disiasat di bawah Sekyen 326
Kanun Keseksaan.
“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat,” katanya.
Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar terus menyalurkan kepda Balai Polis Tawang atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.
IMedikel TV






