Home Buletin Semasa POLIS KELANTAN HADKAN PERMIT PENGELUARAN JUALAN MERCUN DI KOTA BHARU SEMPENA AIDILFITRI...

POLIS KELANTAN HADKAN PERMIT PENGELUARAN JUALAN MERCUN DI KOTA BHARU SEMPENA AIDILFITRI TAHUN INI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis akan mengehadkan pengeluaran permit jualan mercun sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bagi mengelakkan lambakan penjual yang tidak menguntungkan peniaga lain.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata tahun lepas sebanyak 176 permit dikeluarkan di Kota Bharu, namun ramai peniaga merungut tidak mendapat keuntungan.

“Tahun ini, kita hadkan hanya 80 hingga 100 permit sahaja bagi daerah Kota Bharu, manakala daerah lain tiada masalah kerana penjualnya tidak terlalu ramai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat Anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi Perayaan Tahun Baharu Cina, 45 permit sudah diluluskan di seluruh Kelantan.

Jelas beliau, pemantauan premis jualan mercun juga akan dilakukan oleh anggota polis di setiap daerah.

Katanya, pihak polis tegas bahawa tiada kompromi kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan jualan mercun.

Selain itu, beliau turut menasihatkan rakyat Kelantan agar tidak ke negara jiran untuk membeli juadah hari raya atau berbuka puasa kerana risiko keselamatan.

“Setiap hari ada laporan letupan bom dan kejadian tidak diingini.

“Di Kelantan, banyak tempat menjual kuih sama, jadi beli sahaja makanan tempatan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here