Home Buletin Semasa POLIS GUNA DRON PANTAU SEMPADAN KELANTAN-SUNGAI GOLOK DI MUSIM KEMARAU 

POLIS GUNA DRON PANTAU SEMPADAN KELANTAN-SUNGAI GOLOK DI MUSIM KEMARAU 

109
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis Kelantan menggunakan dua unit dron bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand susulan paras air sungai yang semakin cetek ketika musim kemarau.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya juga sudah memaklumkan rakan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperketatkan kawalan sempadan sekali gus mengekang aktiviti penyeludupan.

“Kita turut menggunakan teknologi dron bagi mempertingkatkan pemantauan di kawasan sempadan.

“Anggota tetap sama cuma kita minta bantuan dron daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi membantu memantau kawasan di sempadan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bakul Ramadan An’Nisa 60 Asnaf dan Ibu Tunggal, di sini, pada Isnin.

Menurutnya, keadaan sungai yang cetek ketika musim kemarau memudahkan pergerakan pihak tertentu merentas sempadan, justeru kawalan dipertingkatkan bagi mengekang kemasukan barangan terlarang seperti dadah dan senjata api.

“Keadaan sungai yang cetek ketika musim kemarau memudahkan pergerakan pihak tertentu merentas sempadan, justeru kawalan dipertingkatkan bagi mengekang kemasukan barangan terlarang seperti dadah dan senjata api.

“Kita sudah memaklumkan kepada pihak PGA serta rakan strategik termasuk ATM untuk memperketatkan lagi operasi kawalan di sepanjang sempadan Sungai Golok,”katanya.

Beliau berkata setakat ini pihaknya belum mengesan cubaan penyeludupan secara besar-besaran masuk di Kelantan.

“Bagaimanapun kita dapat makluman daripada pihak berkuasa Thailand, mereka berjaya mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 500kilogram (kg) pil yaba di negara jiran itu yang dipercayai mahu dibawa masuk ke Kelantan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here