Home Buletin Semasa PGA TUMPASKAN CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK

PGA TUMPASKAN CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan menyeludup 90 paket minyak masak membabitkan jumlah RM20,225, termasuk kenderaan, dalam satu serbuan di Pengkalan Haram Yasin, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, operasi dijalankan menerusi Op Taring Wawasan selepas anggotanya mengesan sebuah kenderaan yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika diarahkan berhenti, pemandu kenderaan tersebut bertindak melarikan diri sebelum meninggalkan kenderaan di kawasan pengkalan haram,” katanya.

Hasil pemeriksaan menemui 90 paket minyak masak yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here