Home Buletin Semasa PGA RAMPAS ROKOK SELUDUP, BARANG KAWALAN BERSUBSIDI BERNILAI RM155,000

PGA RAMPAS ROKOK SELUDUP, BARANG KAWALAN BERSUBSIDI BERNILAI RM155,000

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai barang kawalan bersubsidi dan rokok seludup dalam satu serbuan di sebuah premis dan rumah di Kampung Kedai Buluh, di sini, dalam Op Taring Wawasan Kelantan pada 21 Julai lalu.

Dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 11 malam itu, PGA menemui 61,620 batang rokok tidak bercukai, 1,088 kilogram minyak masak, 1,500 paket tepung gandum, 763 kilogram beras putih dan 400 kilogram beras pulut yang disimpan di lokasi berkenaan.

Menurut kenyataan Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dokumen yang dikemukakan penjaga premis didapati meragukan dan tidak mematuhi syarat lesen yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

“Penjaga premis, seorang lelaki berusia 27 tahun, telah ditahan, manakala kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM155,000.

“Barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kawalselia Padi dan Beras Kelantan serta KPDN Kota Bharu untuk tindakan lanjut,”katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(e) Akta Kastam 1967, Seksyen 21 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here