Home Buletin Semasa PGA RAMPAS PRODUK KOSMETIK

PGA RAMPAS PRODUK KOSMETIK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JERAM PERDAH: Batalion (BN) 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 348 botol pelbagai jenis kosmetik bernilai RM76,800 Pengkalan Haram Pok Dik, di sini, pada Sabtu.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 7 PGA pada jam lebih kurang 7.30 malam apabila ternampak beberapa kotak di tebing sungai semasa membuat rondaan dalam Op Taring WAWASAN, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati lebih 384 botol pelbagai jenis kosmetik yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam kotak di tebing sungai tersebut.

“Anggaran nilai rampasan bernilai RM76,800. Kes disiasat di bawah 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan semalam. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here