Home Buletin Semasa PGA RAMPAS DADAH BERNILAI RM72,000

PGA RAMPAS DADAH BERNILAI RM72,000

140
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM72,000 dadah yang dikesan di sekatan jalan raya Cabang Empat Salam, di sini, pada Isnin.

Menurut Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 11.45 malam apabila ternampak sebuah motorsikal yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring

“Suspek memecut laju melarikan diri dan sebuah beg terjatuh dari motosikal suspek. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua bungkus plastik lutsinar berisi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine ditemui dalam beg tersebut.

“Dadah ini percayai diseludup dari negara Thailand,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kes disiasat dibawah Sek. 39B ADB 1952. Barang rampasan dibawa ke IPD Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here