Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas sejumlah air ketum dalam operasi di kawasan semak berhampiran Jalan Kedai Lama di sini, pada Isnin.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, anggota yang melakukan rondaan Op Taring Wawasan terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
“Ketika cuba ditahan, suspek bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis. Pemeriksaan di lokasi menemui sebuah beg plastik berisi lapan bungkusan cecair disyaki air ketum dan tiga kilogram daun ketum dengan anggaran nilai rampasan RM360,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, semua hasil rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.
IMedikel TV






