Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 70 GUNI MERCUN BOLA

PGA RAMPAS 70 GUNI MERCUN BOLA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampaskira-kira 70 guni mercun bola bernilai RM89,000, di kawasan pengkalan haram Terusan, di sini, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan rampasan itu dilakukan sepasukan Batalion 8 menerusi Op Tating Wawasan kira-kira jam 1.30 petang apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

“Suspek melarikan diri menaiki perahu ke Thailand setelah menyedari kehadiran pihak polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati 70 guni mercun bola berada dalam kenderaan tersebut. Mercun bola ini dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Anggaran rampasan bernilai RM89,000 termasuk kenderaan dan diserahkan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here