Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 150,000 ROKOK SAAT

PGA RAMPAS 150,000 ROKOK SAAT

174
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 150,000 batang rokok putih jenama SAAT bernilai kira-kira RM165,000 dalam satu serbuan di Kampung Paloh, di sini pada 1.30 pagi semalam.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid dalam satu kenyataan berkata, rokok tersebut ditemui didalam beberapa kotak dan dipercayai diseludup masuk ke pasaran tempatan dalam sebuah kenderaan jenis Proton Exora.

“Kami dapati suspek yang memandu kereta tersebut memecut laju setelah menyedari kehadiran pihak penguasa dan terbabas di kawasan rumah.

“Namun suspek itu meninggalkan kenderaan dan melarikan diri,” katanya.

Tambah Nik Ros, anggaran nilai rampasan kenderaan tersebut bernilai RM35,000.

Kesemua rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here