Home Buletin Semasa PGA, PERHILITAN RAMPAS HIDUPAN LIAR DISIMPAN HARAM 

PGA, PERHILITAN RAMPAS HIDUPAN LIAR DISIMPAN HARAM 

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan merampas beberapa hidupan liar yang disimpan secara haram dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah rumah kongsi pekerja di sebuah ladang, di sini, Isnin lalu.

Dalam kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan operasi yang dijalankan menerusi Op Bersepadu Khazanah Zon Timur pada jam kira-kira 4.15 petang itu membawa kepada penahanan lima lelaki warga Myanmar berumur antara 25 hingga 46 tahun.

“Hasil pemeriksaan di kediaman berkenaan menemukan dua ekor burung Murai Batu, seekor ayam hutan, sebuah periuk mengandungi daging kijang, selain seunit jerat haiwan yang dipercayai digunakan untuk memburu hidupan liar.

“Semua pekerja Myanmar juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,”menurut kenyataan itu. 

Semua hidupan liar dan peralatan berkaitan telah disita dan dibawa ke Subtek Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), Taman Negara Pahang, Merapoh untuk tindakan lanjut Perhilitan.

Sementara itu, kesemua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here