Home Buletin Semasa PGA PATAHKAN KEGIATAN SELUDUP BARANGAN RUNCIT

PGA PATAHKAN KEGIATAN SELUDUP BARANGAN RUNCIT

172
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Batalion (BN) 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan runcit yang dikesan di Sejakatan Jalan raya banggol Kong Jeram Perdah, di sini, pada Isnin.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid dalam kenyataan berkata tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA pada jam lebih kurang 10.30 malam apabila ternampak sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai barangan runcit ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah bernilai anggaran RM2,688.

“Suspek seorang wanita berumur 46 tahun turut ditahan dalam operasi itu,”katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Barang rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here