KHARTOUM: Tentera Sudan mendakwa Pasukan Tindakan Pantas (RSF) menembak sebuah pesawat penyelamat Turkiye, ketika sedang mendarat di luar ibu kota Khartoum.

Kementerian Pertahanan Turkiye mengesahkan serangan itu dan menjelaskan tiada kecederaan.
Namun, RSF menafikan dakwaan terbabit dan menuduh tentera Sudan menyebarkan fitnah.
Sementara itu, letupan dan kejadian tembak-menembak terus menggegar Khartoum.

Satu siri pengeboman dilaporkan turut menghujani kota Bahri yang terletak berhampiran.
Ini meskipun terdapat kesepakatan di antara pasukan tentera Sudan dan kumpulan separa tentera RSF untuk melanjutkan gencatan senjata selama lagi 72 jam.
RSF menuduh pasukan tentera sudah melanggar perjanjian dengan meneruskan serangan udara ke atas pangkalannya di Omdurman.

Sumber: BH Online
Sumber AGENSI
Imedikel TV





