Home Sukan ALCARAZ HAMPIR DIMALUKAN DI MADRID

ALCARAZ HAMPIR DIMALUKAN DI MADRID

125
0

MADRID: Penyandang juara, Carlos Alcaraz dipaksa ‘bermandi peluh’ sebelum menewaskan Emil Ruusuvuori dalam pertembungan tiga set di Terbuka Madrid, awal pagi tadi.

Kemenangan 2-6, 6-4, 6-2 ke atas pemain Finland yang berada di ranking ke-41 itu membolehkan pemain nombor dua dunia yang juga juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) berkenaan mara ke pusingan ketiga.

Alcaraz meraikan kemenangannya ke atas pemain Finland, Emil Ruusuvuori- Foto: REUTERS

“Sangat sengit. Saya boleh katakan yang saya hampir kalah,” kata Alcaraz yang sebelum ini berjaya menewaskan Rafael Nadal dan Novak Djokovic di Madrid, tahun lalu.

“Sangat rumit. Ada kalanya yang saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”

Alcaraz yang masih segar mempertahankan gelaran di Barcelona minggu lalu dijadual bertemu pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov bagi menempah tempat ke pusingan 16 terbaik.

Emil Ruusuvouri membalas pukulan Carlos Alcaraz. – Foto REUTERS

Saya sangat gembira kerana mampu menyelamatkan permainan dan bangkit semula. Ia sangat sengit. Emil bermain dengan begitu baik tetapi saya sangat gembira dapat melepasinya,” kata pemain berusia 19 tahun itu.

Dalam pada itu, pemain wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek mudah mengatasi lawan dari Austria, Julia Grabher 6-3, 6-2.

Swiatek tidak menyertai edisi di Madrid tahun lalu tetapi ia tidak menganggu prestasinya di gelanggang tanah liat dengan dirinya kini sedang memburu gelaran di Terbuka Perancis musim ini.

Selepas meraih gelaran di Stuttgart minggu lalu, Swiatek kini mencatat lima kemenangan berturut-turut di permukaan itu.

Swiatek dijadual bertemu pemain kidal dari AS, Bernarda Pera yang sebelum itu menewaskan pemain Jerman, Tatjana Maria 6-1, 6-3. 

Sumber: BH Online

Sumber AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here