Home Sukan PERUNTUKAN RM 1.8 JUTA UNTUK MELAKA FC

PERUNTUKAN RM 1.8 JUTA UNTUK MELAKA FC

MELAKA: Melaka FC memperuntukkan RM1.8 juta bagi mengharungi saingan Liga M3 musim depan.

Pemilik pasukan, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, peruntukan itu menggambarkan kesungguhan Melaka FC untuk membentuk pasukan yang terbaik sekali gus mara ke saingan Liga Super 2025.

Menurutnya, konsep pembayaran gaji akan dilakukan setiap setengah bulan seperti yang diperkenalkan musim ini untuk memastikan pemain sentiasa bersedia memberikan yang terbaik.

“Apa yang penting musim ini, Melaka FC tidak berdepan sebarang isu gaji berikutan semua pembayaran gaji dan perkara yang berkaitan diselesaikan sebelum kontrak pemain berakhir.


“Justeru, kami juga akan memastikan tiada sebarang isu berkaitan gaji yang boleh menjejaskan prestasi pasukan musim depan,” katanya.

Nur Azmi berkata, biarpun sekadar menduduki tangga ke-10 daripada 13 pasukan bertanding musim ini, pihaknya serius berusaha memastikan lembaran baharu kegemilangan pasukan dapat dicipta musim depan.-BH ONLINE-

Imedikel Tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here