Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
KOTA BHARU, KELANTAN: Kementerian perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup (KPDN) memutuskan lapan jenis barangan keperluan tersenarai bawah barangan kawalan harga sempena perayaan Deepavali.
Skim harga maksimum musim perayaan (SHMMP) Deepavali itu berkuat kuasa dari 9 hingga 15 November ini.
Pengarahnya Azman Ismail berkata, tempoh kawalan harga bagi lapan barangan itu adalah tiga hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.
“Lapan yang kita sebut tadi kambing, kambing bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut bawang merah kecil india bawang besar merah import dan juga kacang dal. Lapan barang ini kita kawal selama tujuh hari harga dia setiap musim perayaan kerajaan dah tetapkan akan ada kawal harga”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas meninjau pematuhan SHMMP Deepavali di pasaraya Pacific KB Mall, di sini, pada khamis.
Katanya, harga barangan keperluan itu tidak akan melambung naik meskipun permintaan daripada pelanggan semakin tinggi.
Beliau berkata, barangan kawalan itu ditetapkan harga menggunakan label merah jambu.

Jelasnya, dalam usaha itu, pihak KPDN turut meningkatkan keberadaan pegawai penguatkuasa di lokasi terpilih bagi mewujudkan etika perniagaan.
“Pegawai kita seramai 145 orang akan turun setiap hari terutama perayaan yang 10 hari ini untuk memastikan pertamanya dari segi bekalan, bekalan mencukupi dan semua peniaga-peniaga mengikuti arahan supaya kawalan harga ini dapat idikuti sepenuhnya selama tujuh hari”, katanya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tinggi akan diambil tindakan di bawah akta kawalan harga dan antipencatutan 2011.
Hal itu adalah untuk menjaga kepentingan pengguna dan memastikan masyarakat menikmati harga barang yang munasabah.
“Saya bagi pihak KPDN mohon la kepada semua pengguna-pengguna supaya tidak membuat pembelian panik, bekalan pun inshaallah akan ada di pasaran dan pihak peniaga pun saya mohon kerjasama supaya tidak mengambil kesempatan untuk musim perayaan ini supaya kita dapat sama-sama membantu rakyat membantu komuniti untuk terus bersama sama menikmati hari perayaan sebagaimana musim-musim perayaan yang lain juga”, katanya.
IMEDIKEL TV






