Home Politik USAHA DALAM HADAPI PERSEDIAAN BENCANA DI KELANTAN – EXCO

USAHA DALAM HADAPI PERSEDIAAN BENCANA DI KELANTAN – EXCO

176
0

TUMPAT: Langkah-langkah keselamatan bagi melindungi nyawa dan harta benda yang membabitkan bencana banjir dan kebakaran adalah diperlukan.

Kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat ketika ucapan perasmian Kempen Kesedaran Bahaya Kebakaran dan Persediaan Menghadapi Banjir Peringkat Parlimen Tumpat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Dewan Teratai, Pantai Sri Tujoh, pada Isnin.

“Program seperti ini adalah penting dalam usaha memberi pendedahan berhubung persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi musim banjir terutamanya di kampung-kampung.

“Di samping itu, pendedahan tentang tindakan segera perlu dibuat apabila berlaku kebakaran demi menyelamatkan nyawa dan harta mangsa yang terbabit,” katanya.

Menurut Wan Roslan juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor, merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan kerana sudi turun padang untuk bersama komuniti.

Peserta program terdiri daripada Penghulu Mukim dan Tanpa Mukim dari seluruh jajahan Tumpat.

Hadir sama, ADN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah, ADN Kelaboran, Mohd Adanan Hassan, Pengarah Bomba Negeri Jainal@Zainal Madasin dan Timbalannya, Anwar Abu Bakar. – UPKN

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here