Home Luar Negara PERANCIS UMUM LARANGAN TELEFONBIMBIT DI SEKOLAH MENENGAH MULAI SEPTEMBER

PERANCIS UMUM LARANGAN TELEFONBIMBIT DI SEKOLAH MENENGAH MULAI SEPTEMBER

26
0

ISTANBUL: Menteri PendidikanPerancis Edouard Geffray pada Rabu mengumumkan bahawa telefon bimbit akan dilarang di sekolah menengah bermula 1 September ini, lapor Anadolu Ajansi(AA).

Memetik laporan Anadolu menerusi Harian Metro, Geffray berkata kepada penyiar Franceinfo bahawa undang-undang yang melarang penggunaan telefon bimbit itu akan diwartakan pada musim panas ini sebelum dikuatkuasakan mulai September.

“Kami sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Eropah berhubung satu lagi cadangan, iaitu larangan media sosial bagi golongan bawah umur yang berusia di bawah 15tahun,” jelas beliau.

Semakin banyak negara Eropah, termasuk Perancis, mula mengambil langkah awal atau menyatakan sokongan terhadap larangan penggunaan media sosial oleh kanak-kanak di bawah had umur tertentu.

“Saya juga akan menghantar beberapa garis panduan kepada pengetua sekolah dalam masa terdekat supaya mereka dapat melaksanakannya.

Saya menganggap perkara ini amat penting bagi pelajar kita,”katanya.

Perancis juga sedang mempertimbangkan larangan penggunaan media sosial bagi golongan bawah umur yang berusia di bawah15 tahun, namun Geffray berkata, langkah itu masih menunggu kelulusan. –Bernama-Anadolu, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here