Home Buletin Semasa KURSUS DAKWAH KOMUNITI PERKASA TENAGA PENGAJAR MUALAF DAN RIQAB

KURSUS DAKWAH KOMUNITI PERKASA TENAGA PENGAJAR MUALAF DAN RIQAB

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Seramai 50 pengajar asnaf mualaf dan riqab daerah ini menyertai Kursus Pemantapan Pedagogi dan Dakwah Komuniti di Residen Inn Cherating, di sini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bertujuan memperkukuh kompetensi tenaga pengajar dalam aspek pengajaran, dakwah dan pengurusan kelas pengajian muallaf serta riqab

“Antara pengisian program ialah slot komunikasi dalam Kelas, asas pedagogi, psikologi dakwah, teknik pengajaran Iqra’ dan al-Quran termasuk sesi soal jawab fiqh muallaf dan riqab.

“Saya berharap kursus seumpama ini dapat melahirkan golongan pengajar yang lebih berkemahiran, berpengetahuan dan mampu mendepani cabaran dakwah semasa dalam membimbing golongan muallaf dan riqab di Pahang.

“Ilmu serta pendedahan yang diterima selama dua hari kursus diharap dapat digunakan sepenuhnya bagi memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lebih baik,” katanya pada majlis penutupan program berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya akan terus berusaha melahirkan lebih ramai lagi barisan pengajar asnaf mualaf dan riqab berpengalaman di negeri ini, tugas dan peranan mereka amat penting dalam memastikan golongan sasar tidak tercicir.

Dr. Asmadi berkata, pihaknya akan perluaskan kursus berkenaan ke daerah lain bagi memberi peluang kepada golongan terbabit menimba ilmu dan kemahiran yang dapat melancarkan tugas masing-masing.

Katanya, pada program itu turut diadakan pelancaran Buku Laporan Aktiviti Kelas Pengajian Muallaf dan Riqab sebagai usaha memperkemas dokumentasi serta pemantauan aktiviti dakwah di lapangan.

Program dua hari anjuran MUIP itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Muallaf Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan serta Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan (PAID) .

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here