Penyokong Arsenal mendakwa pengendali mereka, Mikel Arteta sudah meramalkan Manchester United akan dibelasah 7-0 oleh Liverpool.
The Red Devils dimalukan oleh skuad kendalian Jurgen Klopp dan kini ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.
Selepas menyaksikan kebangkitan Arsenal ketika menewaskan Bournemouth 3-2 Sabtu lalu, penyokong Arsenal berseloroh yang pengendali mereka itu mampu meramalkan masa depan.
Arteta dilihat menunjukkan angka tujuh dengan jarinya ketika aksi menentang Bournemouth.
Arsenal kini mendahului liga dengan kelebihan lima mata ke atas pesaing terdekat, Manchester City.
Sumber: BH Online & AGENSI
– Imedikel TV






