Home Buletin Semasa PENJAWAT AWAM WANITA TAWAR SEKS MELALUI WECHAT DI SALAH SEBUAH HOTEL

PENJAWAT AWAM WANITA TAWAR SEKS MELALUI WECHAT DI SALAH SEBUAH HOTEL

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang penjawat awam wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di aplikasi Wechat kepada seorang lelaki di salah sebuah hotel, di sini, pada 8 Julai lepas.

Tertuduh, Tasnim Amirah Abdullah, 27, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan menawarkan khidmat seks di aplikasi Wechat kepada seorang lelaki.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu perawatan di salah sebuah klinik kesihatan Kubang Kerian didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah hotel di Tunjong, di sini pukul 6 petang, 8 Julai lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohd Bakri, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK) Ariyani Mohd Amin @ Abdul Hamid.

Ariyani mewakili anak guamnya memohon jaminan dikurangkan atas faktor tertuduh masih bujang dan turut menanggung serta menjaga abangnya orang kurang upaya (OKU).

Nur Akmal tidak menawarkan jaminan kerana kes tersebut tidak boleh dijamin, bagaimanapun mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Feb depan bagi serahan dokumen.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here