Home Buletin Semasa PENIAGA MENGELUH HARGA BARANG NAIK

PENIAGA MENGELUH HARGA BARANG NAIK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Kenaikan kos bahan mentah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai khususnya peniaga.

Ada dalam kalangan mereka terpaksa menaikkan harga jualan mereka dan ada juga yang masih kekalkan harga seperti tahun sebelum ini.

Seorang peniaga, Mimi Ikhwani Effarizan,36, berkata perniagannya perlahan disebabkan isu tersebut.

“Bukan saya seorang sahaja menghadapi isu ini malah rata-rata peniaga di sekitar Kampung Lati, di sini, turt mengeluh kerana perniagaan mereka perlahan.

“Sekarang harga barang kebanyakan naik, jadi menimbulkan masalah kepada peniaga, hendak naikkan harga, tetapi risau orang tidak mampu hendak membeli.

“Kalau kita jual murah, modal dengan tenaga kerja juga perlu diambil kira. Kadang-kadang kita jual harga murah pun, pelanggan memilih untuk membuat pembelian,”katanya.

Mimi Ikhwani yang juga ibu kepada tiga orang anak berkata keadaan ekonomi sekarang boleh diibaratkan “membunuh” peniaga.

“Saya menjual kuih muih dan juga lauk pauk, yang menggunakan santan dan barang-barang kering lain.

“Kalau hendak jual mahal, kita kena fikirkan juga mereka yang kurang berkemampuan. Jadi saya memilh untuk kekalkan harga dan kualiti namun terpaksa kurangkan kuantiti,’katanya.

Antara kuih muih yang dijual Mimi Ikhwani adalah onde-onde dan puteri mandi.

“Kalau dulu saya jual onde-onde dengan harga RM1 untuk 6 biji, tetapi tahun ini, saya jual dengan harga RM1 untuk 5 biji, manakala ayam percik pula saya kekalkan harga RM9,”katanya.

Sementara itu, Nur Akmarina Muhammad, 39, berkata dia hanya menaikkan harga barang paling minima walaupun kos bahan mentah naik.

“Saya hanya naikkan sedikit harga berbanding sebelum ini. Risau kalau naikkan harga terlalu tinggi, pelanggan pula lari.

“Sebelum puasa, saya memang menjual pisang goreng di tapak ini. Cuma bulan puasa saya fokus kepada jualan air balang, kuih-muih dan pemanis mulut,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here