Oleh: Athirah Azman@I Medikel TV
KOTA BHARU: Bagi pasangan yang ingin berkahwin, kursus perkahwinan wajib diambil bagi syarat untuk berkahwin.
Ia sebagai usaha untuk mempelajari ilmu rumahtangga sebelum mana-mana pasangan membina mahligai mereka.
Namun, bagi individu yang mempunyai sijil pengajian pondok selama lima tahun dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mereka diberi pengecualian menjalani kursus tersebut.
Menurut Pembantu Khidmat Kauseling, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK), Azhar Hassan, kursus kahwin dikecualikan kepada mereka yang sudah mempunyai sijil pelajaran pondok dan STAM.

“Sekiranya individu tersebut sudah ada STAM, sijil agama melebihi lima tahun boleh membuat permohonan dikecualikan daripada menjalani kursus perkahwinan.” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jelajah eKasih@Kota Lama, di Dataran Muhammadi, di sini, baru-baru ini.
Jelas Azhar, bagi individu yang sudah memiliki sijil berkenaan boleh membuat permohonan pengecualian dan dikenakan bayaran sebanyak RM23 sahaja.
Bagi mereka yang ingin menjalani kursus itu dikenakan bayaran sebanyak RM70 seorang dan kursus tersebut diadakan secara atas talian selama satu hari sahaja.

“kursus perkahwinan ini hanya untuk yang individu yang belum berkahwin.
“kursus perkahwinan ini diadakan secara atas talian namun ianya berdaftar secara manual,” katanya.
Selain itu, tambah Azhar, borang permohonan berkahwin boleh diisi secara atas talian pada portal e-Qaryah.
Katanya, portal e-Qaryah ini selari dengan kemajuan teknologi masa kini bagi urusan permohonan perkahwinan dan sebagainya.

“Borang permohonan berkahwin perlu diisi melalui sistem atas talian yang dipanggil sistem e-Qaryah dan perlu diisi serta dicetak.
I Medikel TV






