KOTA BHARU: Pengawal keselamatan cedera diserang sekumpulan lelaki dipercayai bersenjatakan parang dan kerambit, di sebuah sekolah rendah di sini, kelmarin.
Kejadian yang berlaku jam 5 petang itu membabitkan mangsa yang berusia 47 tahun sedang berada di pos pengawal lalu didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa secara tiba-tiba.
“Mangsa cedera pada rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil.
“Usaha mengesan dan menahan suspek yang terbabit sedang giat dijalankan bagi siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif serangan,”
Katanya dalam kenyataan, hari ini. Kes disiasat mengikut seksyen 324, kanun keseksaan.
Sumber BH Online
Imedikel TV






