Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Masyarakat India bakal menyambut perayaan Deepavali, esok dan sudah tentu ada dalam kalangan mereka sedang membuat persiapan akhir bagi menyambutnya bersama keluarga tercinta.
John Marlboro A/L Ramasamy, 36, dari Shah Alam, berkata dia sekeluarga akan menyambut Deepavali di rumah mertuanya terlebih dahulu.
“Kami sekeluarga akan menyambut Deepavali di rumah mertua di Ampang. Pada malam hari raya kami semua akan ke kuil berdekatan untuk sembahyang.
“Petang esok kami sekeluarga akan menaiki kapal terbang untuk pulang ke kampung saya di Kampung Kubur Maras, Kota Bharu,”katanya ketika dihubungi pemberita.
Menurut John, menu utama semasa Deepavali adalah Idli dan tosai.


Katanya, paling istimewa untuk perayaan kali ini adalah dia dan isteri menyambut Deepavali bersama anak perempuannya yang kini berusia setahun.

“Bagaimanapun saya tidak membuat kuih raya disebabkan faktor kesihatan saya dan keluarga.
“Sudah balik ke kampung pun saya cukup gembira untuk menyambut bersama keluarga dan berkumpul sanak saudara,”katanya.
IMedikel TV






