Home Buletin Semasa PENEMUAN STRUKTUR PERAHU LAMA DI TANAH MERAH SEDANG DITELITI– JWN

PENEMUAN STRUKTUR PERAHU LAMA DI TANAH MERAH SEDANG DITELITI– JWN

70
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Jabatan Warisan Negara (JWN) melaksanakan tinjauan awal di Kampung Bukit Kechik, di sini berhubung penemuan sebuah struktur perahu lama bagi mengenalpasti kepentingan dan signifikasi jumpaan tersebut.

JWN dalam kenyataan baru-baru ini berkata, penemuan itu bukan sekadar artifak fizikal, tetapi turut membawa nilai sejarah yang besar dan menggambarkan kehidupan masyarakat Tanah Merah yang suatu ketika dahulu bergantung sepenuhnya kepada sungai sebagai laluan utama perdagangan, perhubungan dan kehidupan harian.

“Berdasarkan ciri-ciri kayu, perahu ini dipercayai dibina menggunakan kayu keras tempatan seperti cengal atau meranti, dengan teknik tradisional seperti tanggam kayu dan pasak.

“Struktur ini mencerminkan kepakaran tukang perahu Melayu dalam menyesuaikan binaan dengan keadaan sungai yang berubah-ubah,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, JWN sedang meneliti penemuan itu bagi memastikan warisan pengangkutan air itu terus dipelihara sebagai sebahagian daripada identiti sejarah Kelantan.

“JWN turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada komuniti Kampung Bukit Kechik, Tanah Merah atas sokongan dan kerjasama dalam melaksanakan kerja-kerja penyelamatan perahu ini.

“Orang ramai adalah dimohon untuk melaporkan sebarang jumpaan warisan kebudayaan yang penting kepada JWN dan bersama memelihara warisan negara demi kelangsungan masa hadapan,” jelasnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here