Home Buletin Semasa PENDUDUK DESAK MENARA TELEKOMUNIKASI DIPINDAH

PENDUDUK DESAK MENARA TELEKOMUNIKASI DIPINDAH

129
0

KULAI: Penduduk di Jalan Lengkongan, di sini mendesak agar pembinaan sebuah menara telekomunikasi setinggi 30 meter yang dibangunkan di kawasan tersebut sejak mac lalu, dipindahkan ke lokasi lain.

Seorang penduduk mendakwa, pembinaan menara itu di lokasi berkenaan sebelum ini tidak dimaklumkan dan tidak mendapat persetujuan daripada warga setempat.

Chai yong, 60, berkata ada kediaman penduduk yang berjarak hanya kira-kira 50 meter dari menara berkenaan bimbang akan ada kesan negatif untuk jangka masa panjang.

“Apatah lagi majoriti penduduk di sini mempunyai ahli keluarga yang terdiri daripada warga emas dan juga kanak-kanak kecil, yang dibimbangi menerima kesan radiasi daripada menara berkenaan.” Dia berkata demikian ketika ditemui semalam.

Tambah pesara itu lagi, menara telekomunikasi itu mula dibangunkan pada 10 mac sebelum selesai dibina dalam tempoh singkat iaitu beberapa hari sahaja.

Seorang lagi penduduk, Hon Chiu Fook, 60, pula memberitahu, dia terkejut apabila mendapat tahu projek yang dijalankan di kawasan itu adalah untuk pembinaan sebuah menara tele­komunikasi.

“Difahamkan, menara ini ma­sih belum beroperasi buat waktu ini, jadi kami sangat berharap pihak berkuasa dapat mende­ngar rayuan kami dan memin­dahkannya ke lokasi lain.

“Kami semua bimbang akan ada kesan kepada kesihatan kami, kerana kami memang me­rupakan pendu­duk di kawasan ini dan akan terus tinggal di sini untuk tempoh lama.”

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Se­nai, Wong Bor yang berkata, beliau sedia maklum dengan gesaan penduduk berkenaan dan akan membawa isu tersebut kepada makluman Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

Sumber Kosmo Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here