LONDON: Peminat Arsenal mendakwa padang di Anfield sengaja disiram terlalu banyak air oleh Liverpool sebelum mereka seri 1-1 Sabtu lalu.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Menjelang perlawanan itu, kedua-dua pasukan berpotensi menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris jika mereka meraih tiga mata.
Anak buah Mikel Arteta mendahului apabila Gabriel menanduk masuk sepakan percuma Martin Odegaard selepas hanya empat minit.
Liverpool menyamakan kedudukan sebelum rehat dengan Mohamed Salah meledak gol ke-16 buatnya musim ini dalam semua pertandingan.
Selepas perlawanan itu, beberapa penyokong Gunners membuat dakwaan melulu menyatakan padang itu secara sengaja dibuat lebih licin terhadap pemain mereka.
Bukayo Saka dilihat terjatuh ketika dia mencabar Kostas Tsimikas, dengan pertahanan Greece itu mengalami patah tulang selangka selepas bertembung dengan bos Reds, Jurgen Klopp.

Menulis di X, seorang peminat Arsenal mendakwa padang disediakan dalam usaha Liverpool untuk menjejaskan corak permainan mereka.
“Sengaja menyiram air terlalu banyak untuk memperlahankan rentak kami dan menyesuaikan dengan taktik bola hantaran jauh mereka. Lihat sahaja bagaimana bola bergolek terlalu perlahan.
“Setiap lorongan bola menjadi perlahan dan lebih buruk bagaimana ia berbahaya kepada pemain.”
Seorang lagi pengguna bersetuju dengan dakwaan padang disediakan dengan niat: “Mereka sengaja melakukannya. Mereka tidak dapat menangani taktik berasaskan pegangan bola kami.”
Sementara itu seorang lagi peminat Arsenal membuat dakwaan lebih berani apabila mendakwa satu bahagian padang dilimpahi air secara berlebihan untuk menyukarkan pelawat.
“Rumput padang Anfield tidak dipotong sejak malam Rabu. Ia juga disiram dengan banyak sebelum perlawanan dan ketika rehat, satu-satunya bahagian yang disiram adalah di hujung Anfield Road.” – AGENSI
-BH ONLINE-
Imedikel TV






