Home Luar Negara PEMIMPIN KULTUS ‘KEBULURAN’ DIDAKWA

PEMIMPIN KULTUS ‘KEBULURAN’ DIDAKWA

196
0

NAIROBI: Pemimpin kultus dan puluhan pengikutnya didakwa di mahkamah Kenya atas tuduhan membunuh lebih 200 orang.

Paul Nthenge Mackenzie dan 94 tertuduh lain termasuk isterinya, mengaku tidak bersalah terhadap 238 tuduhan menyebabkan kematian.

Mackenzie yang menghadapi tuduhan berkaitan keganasan minggu lalu, didakwa menghasut pengikutnya supaya mati kelaparan untuk ‘bertemu Jesus’ dalam kes yang menggemparkan seluruh dunia.

Dia ditahan pada April tahun lalu selepas pihak berkuasa menemui kubur besar di hutan Shakahola berdekatan Lautan Hindi.

Keputusan bedah siasat mendedahkan sebahagian besar daripada 429 mangsa meninggal dunia kerana kebuluran, sementara yang lain termasuk kanak-kanak didapati dicekik, dipukul dan sesak nafas.

Berdasarkan dokumen mahkamah dalam pendengaran pada Selasa lalu, didedahkan 238 mangsa maut antara Januari 2021 dan September 2023 di Shakahola.

Dalam prosiding lain di bandar pelabuhan Mombasa, Mackenzie mengaku tidak bersalah melakukan keganasan, selain perlu menjalani penilaian kesihatan mental untuk mengesahkan sama ada sihat untuk menjalani perbicaraan tuduhan bunuh di mahkamah lain di Malindi.

Kes mengerikan itu mendorong kerajaan mengetatkan lagi kawalan terhadap ajaran tidak dikenali dan ajaran sesat.-AFP,HMetro Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here