Home Luar Negara PEMILIK KLINIK BERSALIN TAK BERLESEN BUANG MAYAT PESAKIT TEPI JALAN

PEMILIK KLINIK BERSALIN TAK BERLESEN BUANG MAYAT PESAKIT TEPI JALAN

152
0

PHNOM PENH: Suami isteri yang juga pemilik klinik bersalin tidak berlesen di Kemboja menghadapi pendakwaan atas pelbagai kesalahan, selepas membuang mayat pesakit yang meninggal dunia akibat suntikan bahan tidak diketahui.

The Straits Times melaporkan pasangan itu mengaku melupuskan mayat Nam Chanthou, 41.

Malah, mereka juga tergamak meninggalkan budak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak saudara si mati bersendirian dengan mayat berkenaan, semasa membuang mayat itu di semak di jalan lengang iaitu kira-kira empat kilometer (km) dari klinik mereka di wilayah Takeo di selatan Kemboja.

Jurucakap pejabat pendakwa raya berkata, Sun Marina, 39, dan suaminya, Hieng Songhak, 37, juga dikenali sebagai Nget didapati mengendalikan klinik bersalin secara haram tanpa lesen.

Premis dengan papan tanda Klinik Bersalin dan Rawatan Songhak Marina itu terletak di kampung Boeung Ponhea Kuk, Trapaing Krasang daerah Bati.

Pada 18 November lalu, Marina memberikan suntikan kepada mangsa yang kemudian mengalami reaksi teruk sebelum dia meninggal dunia ketika masih berada di premis itu.

Marina dan suaminya mengaku mengangkut mayat mangsa, bersama anak saudaranya yang berusia tiga tahun, ke kawasan hutan di kawasan Chambak berhampiran klinik mereka dengan niat untuk menyembunyikan mayat.

Pada 21 November lalu, polis daerah Bati membawa suspek ke mahkamah.

Selepas menyoal suspek dan meneliti bukti, pendakwa raya mahkamah wilayah Takeo mendakwa Marina dengan empat kesalahan: membunuh tanpa niat, mengamalkan perubatan tanpa lesen, menyembunyikan mayat, penyeksaan dan layanan kejam yang menyebabkan akibat yang teruk kepada mangsa.

Suaminya pula didakwa mengamalkan perubatan tanpa lesen, bersubahat menyembunyikan mayat dan bersubahat dalam penyeksaan serta perlakuan kejam yang menyebabkan akibat yang teruk kepada mangsa.

Pihak berkuasa sudah bertindak menutup klinik itu pada 19 November lalu. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here