Home Hiburan PELAKON ZUL YAHYA LUAH RASA SEDIH PERNIAGAAN BERDEPAN FASA SUKAR

PELAKON ZUL YAHYA LUAH RASA SEDIH PERNIAGAAN BERDEPAN FASA SUKAR

31
0

KUALA LUMPUR: Nasib malang menimpa pelakon Zul Yahya apabila perniagaan yang diusahakannya kurang stabil mengakibatkan dia berdepan masalah kewangan teruk.

Memetik laporan Harian Metro, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 53, berkongsi luahan perasaan menerusi siaran langsung TikTok dan ia menarik perhatian seorang warganet iaitu Azrul Hanaffi.

Menurutnya, Zul berdepan fasa sukar kerana perniagaan di premis makanan yang diusahakannya sedang berdepan masalah.

Katanya, susulan itu, ekonomi Zul dan keluarganya turut terjejas sehingga terpaksa keluar dari kediaman mereka dan tinggal di premis terbabit berikutan tidak mampu menjelaskan bil utiliti.

“Saya baru tengok siaran langsung Zul, dia cakap bisnes kedai makan sedang teruk, anak bini kena tidur dekat kedai dan bil TNB (elektrik) rumah tertunggak.

“Dia cadang nak cari tempat yang ada orang ramai, tapi modal tak cukup,” tulisnya di media sosial Threads.

Azrul yang prihatin dengan nasib Zul menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon filem yang popular pada pertengahan era 1990-an itu bagi meringankan beban ditanggungnya.

“Saya pun dapat sedekah yang mampu sahaja. Kalau awak semua sudi tolong, cuba hubungi dia. Insya-Allah dipermudahkan,” katanya.

Bersama hantaran itu, Azrul turut memuat naik foto tangkap layar daripada sesi siaran langsung pelakon terbabit.

Terdahulu, pelakon filem MX3 ini mengambil keputusan berpindah ke Ipoh, Perak dan mengusahakan restoran stimbot dan barbeku di Meru Raya.

Bagaimanapun, dia kemudian berpindah ke Klebang Putra, Ipoh dan menjenamakan semua kedainya, Zul Yahya Recipe dengan menu masakan kampung.

Selain itu,, Zul turut menyertai karnival jualan makanan yang sering diadakan termasuk di Kuala Lumpur.

Harian Metro sedang mendapatkan maklum balas daripada Zul Yahya berhubung perkara berkenaan.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here