Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Dua pelajar dari rumah anak yatim dan dhuafaa teruja apabila menerima sumbangan orang ramai bagi melanjutkan pengajian ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak.

Siti Nur Shahfila Obadillah, 18, berkata dia sangat gembira dapat melanjutkan pengajian ke universiti.
“Saya bersyukur kerana dengan sumbangan ini saya dapat menyambung pelajaran. InsyaAllah saya akan menggunakan sumbangan orang ramai ini sebaik mungkin,”katanya.
Manakala Nur Eva Maisara Mohd Aidil, 18, berkata dia sangat teruja dan gembira kerana ini pertama kali mempunyai telefon.
“InsyaAllah saya akan belajar bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada orang ramai yang sudi membantu saya dan memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai. Yuran pengajian saya dibayar hasil sumbangan mereka,”katanya.

Siti Nur Shahfila dan Nur Eva Maisara masing-masing menerima sebuah komputer riba, pencetak computer, telefon bimbit, beg pakaian dan wang tunai.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Husin, di Rumah Anak Yatim Al Qamariah, Kampung Dangar, di sini.
Dalam masa sama, Raja Shamri berkata sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban mereka berdua.
“Alhamdulillah, hari ini kita menyampaikan sumbangan daripada orang ramai kepada dua pelajar ini.
“Saya harap adik-adik belajar dengan cemerlang demi masa depan,”katanya.
IMedikelTV






