Home Buletin Semasa PEJABAT PUSAT TARBIYAH ISLAMIYAH KELANTAN TERBAKAR AWAL PAGI TADI

PEJABAT PUSAT TARBIYAH ISLAMIYAH KELANTAN TERBAKAR AWAL PAGI TADI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah @ IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal bersama di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di Jalan Maktab Taman Orkid di sini, musnah kira-kira 80 peratus dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Che Mazlan Mohamed ketika dihubungi kru IMedikel TV berkata dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, seorang pengawal keselamatan yang bertugas dikatakan terdengar bunyi seperti cermin pecah sebelum mendapati api sudah mulai marak di struktur berkenaan.

“Kami menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 5.31 pagi sebelum menghantar Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa ke lokasi kejadian.

“Komander operasi lapor benar kebakaran hampir 80 peratus membabitkan sebuah pondok pengawal berserta pejabat pengurusan PUTIK jenis kekal berkeluasan 20×20 kaki persegi,”katanya.

Beliau berkata operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 5.49 pagi dan keseluruhan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.48 pagi.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana difahamkan hanya seorang pengawal keselamatan sahaja berada di lokasi ketika kejadian.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik manakala anggaran kerugian juga masih dalam siasatan,”katanya.

IMedikel TV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here