KOTA BHARU: Masih dalam cuaca panas di kelantan. Ini menyebabkan orang ramai berada dalam keadaan kurang selesa kerana bahangnya yang begitu kuat.
Baru-baru ini team Imedikel tv membuat tinjauan di sekitar Kota Bharu dan menemubual orang ramai mengenai cuaca di negeri ini.
“Rata rata orang ramai sudah mengambil perhatian terhadap saranan kementerian kesihatan malaysia (kkm) supaya minum air kosong dalam kuantiti yang banyak dan berada di tempat teduh bagi mengelak terdedah di bawah suhu panas melampau.” – Nur Athirah Azman
Seorang pengunjung dari johor yang ditemui, syarul hazwa, 29, berkata sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang sultan ismail petra, dia agak terkejut kerana cuaca panas sangat terik menyebabkan badannya berpeluh.
“Planning lama nak beli toto tikar nak bawa balik tapi panas sangat tak jadi planning, balik homestay terus.” katanya – Nur Athirah Azman
Syarul berkata kedatangannya ke kelantan agak terbantut memandangkan cuaca panas di negeri ini.
Katanya mengikut perancangan awal dia ingin membeli belah di rantau panjang, namun terpaksa membatalkan hasratnya buat masa ini.
Dia berkata, sepanjang berada di sini, dia perlu meminum air sebanyak 4 botol dalam sehari untuk lebih bertenaga.
Tambahnya, hujan di waktu malam tidak menjamin untuk dirinya berasa sejuk kerana cuaca panas yang melampau.
“Ketika berada di Wakaf Che Yeh cuaca hujan ingatkan sejuk tapi keluar dari tempat itu terus berpeluh kemudian ingin tukar baju sebab panas.” katanya – Nur Athirah Azman
Katanya aktiviti untuk mengambil gambar di dataran Kota Bharu tidak dapat di lakukan kerana cuaca tidak mengizinkannya untuk berada di kawasan tersebut.
Seorang lagi pengunjung hasliza, 43, dari kedah, berkata bagi pelajar sekolah mereka perlu menitikberakan keadaan mereka supaya tidak mendatangkan perkara yang tidak diingini ketika berada di sekolah atau di luar rumah.
“Pergi sekolah bagi air mineral kemudian minuman selalu nya hundred plus ataupun air kelapa untuk makan pagi.” katanya – Nur Athirah Azman
Menurut hasliza yang berkunjung di sini baru-baru ini, air mineral yang mencukupi sentiasa diberikan kepada anaknya untuk dijadikan bekal ke sekolah.
Tambahnya lagi, dia begitu lega kerana pihak sekolah membenarkan pelajar untuk memakai pakaian sukan bagi memudahkan pergerakan mereka ketika musim panas.
Katanya, vitamin juga diberikan setiap hari bagi mengelak daripada mudah dijangkiti penyakit.
“Tengok masa macam pukul 3, 4 tak bagi keluar lagi, pukul 5,6 baru boleh main.” katanya – Nur Athirah Azman
Katanya, waktu bermain juga dihadkan bagi anaknya untuk mengelak terdedah di bawah cuaca panas.