Home Buletin Semasa PAKAIAN TRADISIONAL, PERKENAL MAKANAN PELBAGAI KAUM, TANDA SEMANGAT PERPADUAN

PAKAIAN TRADISIONAL, PERKENAL MAKANAN PELBAGAI KAUM, TANDA SEMANGAT PERPADUAN

615
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan 2025 diserikan dengan suasana penuh warna-warni apabila lebih 1,000 peserta daripada pelbagai kaum turun padang menyarung pakaian tradisional masing-masing, pada Sabtu.

Kru IMedikel TV berkesempatan menyaksikan para peserta segak mengenakan busana kebanggaan pelbagai etnik termasuk baju kurung Kedah, sari, kain pelekat, kain batik sarung, malah ada yang tampil bergaya dengan busana pahlawan dan hulubalang Melayu, mencerminkan kekayaan budaya dan keharmonian rakyat Malaysia.

Kemeriahan sambutan program itu bukan sahaja dengan penampilan busana indah, malah disajikan dengan reruai dari pelbagai latar belakang dan kaum.

Conielya Lunit anak Edwin dari Sarawak berkata dia gembira kerana berpeluang untuk memperkenalkan budaya Sarawak.

“Tujuan kami menyertai program ini adalah untuk memperkenalkan budaya kami. Sebab di Sarawak terdapat pelbagai bangsa dan budaya.

“Tidak ramai yang mengetahui tentang kaum kami, bangsa juga mereka lebih mengetahui tentang Iban, tetapi kami hendak memperkenalkan bangsa-bangsa kami yang lain termasuk Bisaya, Bidayu, Kenyah dan lain-lain.

“Jadi kami sediakan pelbagai jenis makanan dari bangsa dan etnik lain di Sarawak,”katanya.

Sementara itu, kru IMedikel TV juga berkesempatan menembual Norazdrina Awang Sahari dari Sandakan, Sabah.

“Di reruai ini, kami menyediakan pelbagai makanan tradisional Sabah.

“Kami sediakan kuih tradisional Sabah untuk diperkenalkan kepada masyarakat di negeri ini termasuk ambuyat, ampla, kuih cincin dan beberapa makanan lain berasal dari Sabah,”katanya.

Menurut Norazdrina dia berharap agar program itu dapat diteruskan di masa akan datang.

IMedikel turut sama membuka reruai bagi menyokong program tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here