Home Buletin Semasa ORANG AWAM DINASIHATKAN PEKA DENGAN CUACA

ORANG AWAM DINASIHATKAN PEKA DENGAN CUACA

181
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Orang awam yang tinggal di kawasan berpotensi banjir diharap sentiasa peka dengan cuaca semasa termasuk memantau media sosial jabatan-jabatan teknikal yang memberi maklumat sah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, komuniti diminta sentiasa bersama dan saling berkongsi maklumat, selain mengetahui situasi semasa kawasan sekeliling.

“Wujudkan komuniti yang berdaya tahan, saling membantu, bekerjasama, menjaga sesama seluruh komuniti Pengurusan Bencana Tanggungjawab Bencana.

“Pada masa ini kita memperkemas operasi dan pengurusan sekreteriat sebelum, semasa dan selepas musim Monsun Timur Laut (MTL) supaya sentiasa berwaspada dengan situasi terbaharu perkembangan cuaca agensi teknikal,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sentiasa melihat dan membuat pemantauan secara pengurusan bencana di peringkat sekreteriat.

“Semua pegawai dan anggota lami sudah bergerak memantau dari semasa ke semasa mengikut perkembangan situasi lapangan.

“Kami menghantar laporan semasa kepada sekreteriat pusat iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya.

Katanya, bagi kit makanan (KM), sebanyak 3,500 unit yang diuruskan oleh APM sebagai persediaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini, malah kita akan minta tambah jika perlu,” katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here