Home Luar Negara NAK BERGURAU ATAU BALAS DENDAM

NAK BERGURAU ATAU BALAS DENDAM

BEIJING: Dua wanita dari wilayah Shandong di timur China mungkin trauma selepas disembur dengan
alat pemadam api sebagai sebahagian daripada ‘upacara’ sebelum majlis perkahwinan, baru -baru ini.

Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro, ‘Upacara’ itu dikenali sebagai nao hun atau
‘mengganggu perkahwinan’ adalah budaya tradisi dalam majlis perkahwinan China.

Dalam satu rakaman video pada majlis perkahwinan pada 20 September lalu, Pengiring pengantin
lelaki dalam majlis perkahwinan disiarkan menyembur alat pemadam api ke arah dua pengiring
pengantin wanita, yang akhirnya jatuh.

Salah seorang daripadanya dilihat melutut untuk melindungi dirinya daripada semburan itu.
Tidak jelas sama ada pengiring wanita itu cedera dalam serangan itu.

Bagaimanapun, polis kini sedang menyiasat kes itu, lapor media China.

Sumber memberitahu media tempatan bahawa gurauan itu telah dirancang lebih awal dan pengantin
perempuan telah dimaklumkan mengenai rancangan itu lebih awal.

Mereka juga diberi baju hujan untuk melindungi diri daripada semburan pemadam api itu.

Namun, netizen tetap tidak berpuas hati dengan penjelasan itu apabila melihat kesengsaraan mangsa yang tidak tahan dengan gurauan melampau itu.

Setakat Selasa, video itu meraih 186,000 tanda suka dan 95,000 komen pada satu siaran dalam Douyin selepas dikongsikan Hubei Daily News.

– AGENSI – HMETRO ONLINE –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here