Home Buletin Semasa NAHAS ALZA-LORI, DUA TERKORBAN DI GUA MUSANG

NAHAS ALZA-LORI, DUA TERKORBAN DI GUA MUSANG

181
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Kemalangan membabitkan Perodua Alza bertembung lori 10 tan mengakibatkan dua mangsa terkorban dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Sungai Lakit, di sini, pagi tadi.

Menerusi kejadian itu, bomba melaporkan seorang lelaki merupakan pemandu Perodua Alza tersepit di bahagian pemandu dan tidak sedarkan diri.

“Setelah mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 5 pagi, pihak pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Manakala seorang lagi mangsa perempuan yang berada di tempat penumpang di dalam perodua Alza telah tercampak dan disahkan juga meninggal dunia,” katanya dalam suatu kenyataan.

Bomba menerima laporan panggilan pada jam 4.06 pagi dan bergerak ke tempat kejadian dengan jarak 40 kilometer (km).

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.39 pagi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here