LONDON: Dia kini bekerja keras untuk tampil semula tetapi mengakui tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan.
Nadal, 37, memperkatakan masa depannya ketika ditemu ramah stesen penyiaran Sepanyol, Movistar Plus.
Juara 22 kali Grand Slam itu adalah peminat tegas Real Madrid dan kerap menyaksikan perlawanan gergasi La Liga itu.
Ketika ditanya sama ada dia boleh menjadi presiden kelab itu, Nadal tidak menafikannya walaupun masih menyanjungi presiden sekarang Florentino Perez.
Katanya dia tidak tahu walaupun ia bukan impian utamanya.
“Tetapi jika anda tanya sama ada saya mahu menjadi Presiden Real Madrid, saya fikir saya mahu. Tetapi pertama sekali kita sekarang sudah pun mempunyai presiden terbaik sekarang”
“Anda tak tahu apa berlaku pada masa hadapan dan anda perlu tahu kemampuan anda melakukannya. Saya realistik dengan diri saya.”- Rafael Nadal-.AGENSI,HMETRO Online-
Imedikel TV






